Terlalu lama Depan TV boleh jejas kualiti Sperma

Terlalu Lama Depan TV Boleh Jejas Kualiti Sperma- Info Untuk Lelaki


London: Pemuda yang menonton televisyen lebih
 3 jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma 
sehingga separuh. 

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas 
kerana kurangnya seseorang itu melakukan 
aktiviti fizikal.

Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut 
kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine
di sini. Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan 
melampau buah zakar disebabkan duduk lama. 

Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk 
menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan 
masalah kesuburan. Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard 
(HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki 
kadar sperma 44% lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak 
menonton televisyen langsung. 

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat 
memiliki bilangan sperma 73% lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak 
sampai 5 jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma.