Minum air itu baik.....!

Minum air putih itu baik untuk kesihatan. Kalau boleh elakkan minum air putih yang sejuk (ping) coz, orang yang suka minum sejuk2 ni boleh buat perut jadi buncit tau.

Tahukah anda bahawa , orang yang menghidapi kerosakan buah pinggang,tidak boleh minum air melebihi had yang telah ditentukan,ini kerana pesakit tersebut perlu menjalani rawatan mencuci buah pinggang setiap hari / setiap minggu / setiap bulan iaitu bergantung kepada keadaan penyakit tersebut.Sudah tentu sungguh lumayan belanja & bayaran mencuci pinggang.

Oleh itu,bukankah elok kalau kita hari ini banyakkan minum air,kerana akan membenarkan proses mencuci semulajadi pinggang kita.Orang boleh hidup hanya dengan minum air tanpa makan dalam beberapa minggu...!

Jadi yang tidak suka minum air tu...rajin-rajinlah minum air.Tiada ruginya kerana air mudah dibuang....heee..mudahkan.

Ingat jangan sering minum minuman seperti nescafe,milo,coke dll....banyak mengandungi gula.

Di rumah, sehingga sekarang...orang ribut-ribut cari gula bila dah habis.Saya tak rasa semua tu,kerana di rumah saya tak pakai gula.Anak-anak pun tak perasaan tu.Minuman 1+3 hari ini dah ada gula....makan yang kita makan pun ada gula.

Jadi kurangkan gula dan banyak minum air.Hari ini tak terdapat orang kekurangan gula/garam dalam badan kerana mana-mana pun bahan itu dah lebih dalam setiap makanan kita.

Orang mati kerana penyakit gula lebih dalam badan..heee...betulkan