Tonton televisyen lama berpotensi sakit jantung




PENELITIAN oleh pakar fizik, Prof. David Dunstan di Institut Diabetes dan Jantung di Victoria, Australia mendapati mereka yang menonton televisyen lebih daripada empat jam sehari 80 peratus berisiko mendapat penyakit jantung.

Namun, penemuan ini tidak melibatkan faktor-faktor lain seperti merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diet yang tidak sihat dan sakit pinggang akut.

Katanya, banyak aktiviti normal dalam kehidupan seharian diganti dengan hanya duduk menonton televisyen.

Ujarnya lagi, seseorang yang mempunyai badan yang sihat duduk di televisyen dalam tempoh yang lama juga tidak baik untuk kandungan gula dan tekanan darah mereka.

EKSTRA: Mereka yang duduk terlalu lama juga berpotensi untuk mendapat penyakit jantung dan diabetes.